February 28, 2010

CinaIndiaMelayuBank

nama memang superb...dah 1Malaysia...tapi dari segi service...aku pun x faham...dari 7 kaunter yang ada...4 je yang bergerak...berpenghuni...melayani customer...memberikan perkhidmatan...kaunter lain??? apa cerita???

Sama X Serupa

semalam...jam 9...dua siaran yang berapa di bawah satu naungan telah menayangkan siaran lansung...kedua-duanya dibawah satu kepala...namun satu kepala itu telah dipecahkan kepada 2 yang mana di satu siaran rancangannya amatlah bermakna kerana kembali mengingati junjungan kita Nabi Muhammad SAW dan di satu rancangan lagi begitu kontra sekali...sebelum Maghrib lagi...pakcik makcik, abang kakak, adik2 telah berkumpul menunggu konsert tersebut...

Nabi S.A.W sebelum menghembuskan nafas terakhir...telah menyebut "Ummati...Ummati...Ummati" daripada mengingati ahli keluarganya kerana Dia begitu sayangkan umatnya...dan yang paling ditakutiNya...mampukan umat islam sekarang menangani segala keseronokan di dunia ini...walaupun mereka mengaku islam...bersyahadah...namun...mereka lebih senang menanti penyanyi di konsert2 daripan menanti seruan menyembah yang Maha Esa...!!!

Fikirkanlah...

February 23, 2010

Sampai Bila


baja kena cukup baru boleh dapat buah macam ni



kalau pokok macam ni...macam nak dapat buah yang baik?


kalau lah peneroka berpelajaran tinggi...pastinya mereka xkan menyertai Felda...kalau mereka masih muda...pastinya mereka sendiri akan ke ladang...kalau mereka masih gagah...pastinya mereka akan mengait sendiri buah2 sawit tersebut...namun apakan daya, semuanya telah berlalu...kini mereka hanya mengharapkan koperasi dalam melakukan semua itu...mereka mengharapkan, segala yang telah mereka amanahkan akan dilaksanakan...tetapi sedarkah mereka, pihak atasan hanya gilakan jawatan?...dan buah sawit itu, akan tetap berada di ladang, dicelah2 pelepah sawit yang disusun rapi, bagi mengaburi mata mereka?...dan mereka akan terus menerima wang sara hidup yang hanya menambahkan kembali hutang mereka?...sedangkan satu tahun dulu mereka telah menerima kain untuk dibuat baju bagi menerima geran tanah milik mereka?...apa gunanya pihak pengurusan di tanah rancangan itu kalau bukan membela nasib peneroka?...atau mereka hanya perlu untuk menghabiskan masa dengan rancangan yang sia- sia sementara menanti gaji bulanan mereka?

February 22, 2010

Ustaz



walaupun dia seorang pemancing paling hardcore...sentiasa ceria dengan lawak...x pernah "miss" GP Joran...selalu ke sungai pahang pada hari cuti...namun dia sebenarnya seorang khatib dan imam di kampungnya...dia juga layak untuk memberikan tazkirah serta mengajar agama...dan memberikan kuliah kerana dia telah diberikan TAULIAH

February 21, 2010

Siapa Yang Harus Disalahkan pt 3

setiap hari, minggu bulan...& tahun kita sentiasa melihat jentera2 besi berwarna kuning menyodok, menambun dah menampal serta membina jalan2 untuk kemudahan orang ramai...tapi sedarkah...kemudahan itu hanya untuk sementara jika dibandingkan dengan kesusahan yang bakal di hadapi di hari2 mendatang???

Think

hear...see...say...what do u think about us???

pak guard

walau apapun lambang kamu, warna baju kamu, dimana kamu bekerja, seramai mana kamu...ingat lah...kamu tetap security yg ditugas untuk menjaga bukan menunjukkan kuasa yang x seberapa...!!!!!!

February 18, 2010

Rosak




kalau yang rasa tayar nipis, sportrim besar, cantik, mahal...berhati2 la bila lalu Jalan Bukit Ubi dari Ind Mahkota ke Bandar...nanti bukan kereta je rosak...takut jalan tu yang makin rosak!!!

February 17, 2010

Siapa Yang Harus Disalahkan pt 2

+ jawatan SDA..maknanya kelulusan mungkin SPM la...tapi berlagak macam bos..

+ pengurus felda....nak memnbantu peneroka...tapi nampak gaya macam nak melingkup peneroka

+ security...tapi berlagak macam dia tuan punya tempat tu

p/s ntah la...dunia dah ujung2 nih...mcm2 jadi

February 16, 2010

Siapa Yang Harus Disalahkan pt 1


-gambar hiasan...kipas tu lagi besar-



+ koi rasa ari tu koi bagi 3 bijik kipas...ngape tinggal 2 je?

* ye ke aok bagi 3?..rasanye mmg dapat 2 je

+ iye..koi bagi 3...nah resit beli..koi bkn nak mengungkit...tp koi bagi utk
jemaah mesjid

* aok bagi kat sapa?

+ koi bagi kat pak ****

* oooooo. koi paham dah


p/s kalau dah harta utk wakaf masjid pun bawa balik rumah...susah la

February 10, 2010

Gerbang

susah nak cakap bila pintu gerbang dibina dijalan yang digunakan untuk jual getah sekerap keluar...sapa punya idea la...pintu masuk utama, hanya ada PMG yang dah nak roboh!!!

February 07, 2010

Benteng


kapten..pemancing yang x pernah miss..sama tua ngan air sungai dah


seminggu 2 kali jackpot..malam isnin dengan malam khamis..malam minggu ada pertandingan..tiap2 malam memang ada yang akan datang mancing kat benteng ni..kalau 15 tahun lagi macam ni.. aku rasa nak pajak la sungai kuantan..buat kolam mancing air masin..hahaha

February 04, 2010

Interview

Perkara penting semasa interview

1. Pengetahuan
2. Kemas & smart
3. Sentiasa bersedia

..tapi yang paling penting sekali

4. KABEL mesti kuat

February 03, 2010

Bank Customer Service

dengar iklan lagi lama dari bercakap dengan officer....GAMPANG!!!!!

February 02, 2010

AJK Masjid

+ bila la agaknya budak2 belia kita ni nak ke masjid yek...sape la yang nak ganti nanti...bila org
tua2 dah xde....

dialog tu perkara biasa setiap kali jumpa dgn orang2 tua di masjid...sesekali bila aku balik. aku pun heran, bukan xde lansung bebudak muda...belia kat felda aku tu namun soalan tadi terjawab bila aku tengok papan senarai AJK Masjid.....ada ke patut diorang lantik AJK Belia Masjid, orang yang hanya datang masjid SETAHUN 2 kali je....masa sembahyang raya je...hari jumaat pun susah nak nampak!!!!!

p/s xkan pilih AJK Masjid pun pakai "kabel" jugak....susah la

kucai

+ woi..hang mai sat...penang tang mana?

* pmtg sg 2...x jauh dgn masjid

+ oooooo...aku tau, aku pun dok situ jugak

p/s 1 tahun lepas grad, baru aku tau KUCAI sedara aku...ceh!!!!!
salam.....1dunia