November 25, 2010

Pantai @ Kolam?

04 Disember 2010...ada 2 game...gua tengah konfius

November 15, 2010

Subhanallah!





Rasa2 Ada Ikan Besar X?



air yang cetek...jernih...jangan disangka tiada ikan besar!!!

Anglers World

Bahtera Anglers World SB...sebuah kedai peralatan memancing milik bumiputra telah pun berpindah dari Jalan Teluk Sisek ke No. 51, Ground Floor, Block D Malay Town,Jalan Putra Square, Kuantan...berhadapan dengan Open University...dekat ECM!!!

Mungkin kawasan parking agak padat...terutama pada hari cuti...namun lokasi tersebut agak strategik kerana untuk ke situ...kita tidak perlu membawa wang terlebih dahulu...survey & pilih mana yang berkenaan...kemudian boleh la ke bank untuk mengambil wang...hehehe...x sampai 5 minit...kerana hampir semua bank ada meletakkan mesin ATM mereka di dalam ECM...kalau tetiba rasa lapar pun takpe...sebab banyak kedai makan di sekitar...!!!

Apa yang diperlukan untuk menjadi pemancing...amatur atau pro...tegar atau tidak...bottom atau casting...sungai atau laut...semua boleh didapati di sini...dari sekecil-kecil hingga sebesar-besar barang...ada dijual...harga boleh dirunding!!!


notakakibangku :- NAJIB & FAIZAL pun boleh dirunding jika ada yang berkenan...hehehe...

November 09, 2010

Buku

SPM dah dekat...Selamat Hari Raya Aidil Adha!!!

November 03, 2010

Banjir

tengkujuh semakin hampir...cuaca mendung namun x beerti hujan...walaupun adakalanya siap dengan ribut petir...tetapi tidak pernah melemahkan semangat pemancing2 tegar untuk bertafakur di tepi pantai & benteng...

tengkujuh semakin hampir...para nelayan sedang berkira-kira untuk mengambil MC...dan menjalankan aktiviti menjahit jala serta jaring untuk kegunaan selepas tengkujuh sambil bermain dam aji & minum secawan kopi...

tengkujuh semakin hampir...bubu perlu diangkat dan dibaiki agar ikan yang terperangkap tidak berjaya melepaskan diri...

tengkujuh semakin hampir...harga minyak naik lagi...ikan kotak kembali kesini...kalau dizaman asrama dulu...ianya menu yang paling tidak digemari...

tengkujuh semakin hampir...anak2 harus diawasi...jangan sampai lupa diri...agar tiada apa yang hendak disesali...