March 30, 2010

Sepit Biru





hasil tangkapan dalam masa lebih kurang 2 jam...ok la tu...tapi itu cerita sebelum el nino...bila el nino sampai...itu sungai sudah kena TUBA...!!!!

March 29, 2010

Jepun

+ ok jep...ready

* ok bos...

enjin dah 'start', gear dah masuk...jalan...memang semua driver akan konfiden kalau dapat co pilot macam jepun...sentiasa cool...walaupun berada ditempat terakhir perlumbaan...syok jugak layan rally sekali sekala

* hard left...easy left, right left...jepun memberi arahan ala-ala yamashita, masa perang dunia

aku pun dengan konfiden memusingkan stereng, gear memang x usik la...sebab pakai auto...memang laju la...aku rasa memang konfiden jepun untuk menang kali ni...round penentuan...kalau fail kali ni out la dari perlumbaan

tengah baik punya layan...tetiba co pilot bagitau

* light left...jepun dengan penuh konfiden

aku hanya mampu bertawakkal je...bila kereta melambung dan berpusing sommersault 2 3 kali sebelum terhempas...hancur terus...harapan nak jadi juara

** next...pian dah tunggu kat belakang ngan pejong nak layan RALLY

cilakak...patutnya easy left...jepun hentam light left...aku pulak dengar right...itu yang hancus tu!!!

Usop


Usop & siakap 5.3 kilo
Benteng Sg. Kuantan

kalau dilihat pada mata siakap tu...rasanya x buta...kalau tengok pada umpan Usop...rasanya x bersentuh pun...tapi itulah kelebihan batu sauh...selain mengurangkan daya gerakan umpan yang dibawa arus serta sampah sarap...ia juga boleh memerangkap ikan yang telah berjaya memutuskan gewang geng "casting"

Usop jugak untung malam tu...dapat duit, siakap & gewang...macam pakej!!!

Jackpot





ini malam...dibenteng Sg kuantan...jackpot terakhir...itu sungai MPK sudah pajak mau bikin ternakan duri dalam sangkar!!!

March 25, 2010


malam


siang

sungai yang tidak pernah sunyi dengan pemancing walau bagaimana sekalipun keadaan airnya...namun masih ramai yang bangang dengan menahan pukat atau binto ketam...banyak sangatkan ketam di situ??? atau sememangnya hanya sekadar alasan bagi mendapatkan batu sauh percuma??? yang pasti, mereka akan mendapat sumpah seranah dari pemancing yang telah kerugian!!!

March 24, 2010

Casting


bukan ikan je suka...kalau boleh terjun tiruk...memang best





sesekali layan casting best juga...kalau dapat la...

Ebek



sesekali ke laut...kadang tu kumpau jugak..jangan ingat setiap trip ke laut banyak dapat ikan...hehehe

Kerapu Singa

March 22, 2010

Baru & Lama


masjid lama kuantan


masjid baru kuantan

March 21, 2010

Lesen



senangin

akhirnya...

March 17, 2010

Robocop

bukan senang nak menghasilkan sebiji gewang...kena pulak gewang yang memang 'power' macam ni...


gewang


robocop

pandir!!! itu je yang aku dapat katakan kepada tuan punya gewang tu..sebabnya siap kaji & bedah siasat robocop...hanya untuk bikin itu gewang!!!

March 15, 2010

Hamper









kedua-duanya akan mendatangkan kemarahan pemancing...kedua-duanya akan dibiarkan kering ditebing...namun...seandainya ia memakan umpan di malam isnin dan jumaat...pastinya tiada sumpah seranah kerana ia boleh menghasilkan hamper!!!

March 14, 2010

Kenapa?



walaupun sebanyak mana hasil getah ditoreh...beribu-ribu tan kelapa sawit dihantar ke kilang...berekar- ekar tanah diusahakan...namun jika tiada kesedaran...rumah begini akan terus wujud di felda-felda

walaupun setiap peneroka mendapat bahagian yang sama...namun kenapa wujud perbezaan taraf hidup???


photo: TT.blogspot.com

March 10, 2010

Al Fatihah



Sheikh Mohammed Sayed Tantawi

aku pernah dengar namanya disebut, aku pernah lihat gambarnya di tv...dan semalam sekali lagi aku dengar namanya & ku lihat wajahnya di tv...namun itulah yang terakhir semasa hayatnya...apa yang pasti tulisan dan karyanya akan terus dirujuk walaupun jasadnya telah dimamah bumi...

Al - Fatihah

March 08, 2010

Raja Lawak


raja lawak x mungkin bole jaringkan gol macam ni


ini bukan raja lawak

walaupun aku x tengok raja lawak...tapi aku tau pasukan Bola Sepak yang tengah bermain kat Slovakia tu menang...

March 07, 2010

Buggy


kalau yang orait gak..sesak2 boleh angkut sawit


mcm landrover perang dunia kedua je

cukai 'buggy' dimansuhkan...???...dah nama pun bagi...so dia 'buggy' la masuk tanpa cukai!!! yang x pakai 'buggy'...apa yang dia bagi???

March 04, 2010

Bersedia

seandainya kamu semua bercita cita untuk ke karnival suarasa di padang MPK...maka hendaklah kamu bersedia meletakkan tiket parking sehingga malam...kerana mereka akan tetap menyaman walaupun di waktu malam...

Renungkan

March 03, 2010

Khatamun Nubbuwah



Menurut mafhum hadis yang dipindahkan daripada Imam At-Tarmizi r.a katanya: “Sesiapa melihat KHATAMUN NUBUWWAH dalam keadaan berwuduk;

1. Pada waktu Subuh nescaya dipelihara oleh Allah akan dia hingga ke petang.
2. Pada waktu Maghrib terpeliharalah dia hingga ke pagi.
3. Ketika berjalan atau bermusafir maka jadilah sepanjang perjalanannya berkat dan selamat.
4. Sesiapa yang mati dalam tahun tersebut, maka dimatikan dalam iman.’

Harus kita jelas, apa yang dimaksudkan dengan melihat? Adakah dengan dengan mencetak dan menampalnya ke dinding?

Atau di jadikan ‘screen saver/wallpaper’ PC?
Dari apa yang telah ditafsirkan ALLAHyarham guru saya sebelum mengijazahkannya kepada saya, yang dimaksudkan melihat, ialah melihat ke dalam diri semasa mengamalkannya.

Bagaimana? InsyaALLAH akan dikongsikan. Tanda Khatamun Nubuwwah pada diri Nabi Muhammad S.A.W menunjukkan Nabi S.A.W adalah penamat/penutup segala Nabi dan Rasul.Tanda ini berada pada belikat Rasullullah S.A.W. Para ulama berbeza pendapat mengenai bentuknya. Yang paling masyhur tanda itu seperti telur burung merpati, iaitu berbentuk gumpalan daging yang menonjol disebelah kiri di bahagian atas, memancarkan cahaya, tampak berwibawa dan berbau wangi."

Antaranya sesiapa yang menjadikan tanda Nubuwwah Nabi S.A.W ini sebagai perhiasan di rumah, maka ahli rumah tersebut akan terpelihara ALLAH daripada penyakit taun dan wabak, terhindar dari kebakaran dan kecurian sepertimana sabda Nabi S.A.W yang diriwayatkan oleh Saidina Ali R.A di dalam Kitab Mahamatnainiah, yang bermaksud:

"Sesiapa yang menjadikan lukisan KHATAMUN-NUBUWWAH aku perhiasan, dipelihara oleh Allah baginya daripada penyakit taun dan wabak dan tidak mati melainkan mati dalam iman dan dimasukkan ke dalam syurga tanpa hisab."

Dan di dalam hadis yang lain yang diriwayatkan daripada Anas R.A Nabi Muhammad S.A.W bersabda yang bermaksud:

"Bermula rumah yang ada lukisan KHATAMUN-NUBUWWAH AKU di dalamnya, maka dipelihara oleh ALLAH baginya daripada kebakaran dan kecurian, dan daripada tiap-tiap musuh, dantidak dimatikan melainkan tempatnya di Syurga dan diluaskan oleh ALLAH kuburnya dan diterangi olehnya dengan cahaya."

MasyaALLAH, TabarakALLAH.

Sumber : www.akusujud.blogspot.com

March 02, 2010

???



ada jugak sign board macam ni???

Cluster

'pening kawan...' ujar ustaz masa minum petang semalam...jarang aku dengar ustaz mengeluh...walaupun dia berpanas dari pukul 8.30 pagi sampai pukul 1 tgh hari sedangkan ikan yang dicari tidak munculkan diri...'ngape pulak pening?' aku buat2 kompius sambil meneguk teh o suam2 kuku kambing...sambil menyedut rokok pall mall hijau yang sejuk ala2 air sungai kuantan tengah senak, ustaz menjawab, 'mana tak pening...dulu sekolah2 sibuk dok kejar ke status CLUSTER...tapi skang ni dok kejar ke BERPRESTASI tinggi pulak...menteri memang x pening...yang pening cikgu2 macam kawan la...dah kena kurangkan aktiviti mancing!!!'...ceh...aku ingat masalah besor, rupa pasal tu je...aku faham ngape ustaz mengeluh...dia mengajar sekolah perempuan yang x ramai cikgu lelaki...so banyak aktiviti yang dia kena jaga...memang la tensen!!!

March 01, 2010

Kemanusiaan







Dikalangan haiwan pastinya tiada yang bersifat kemanusiaan...namun dikalangan kita, ada yang lebih "KEBINATANGAN" dari haiwan!!!