July 28, 2010

Prokat 14

abg zul shell telefon baru2 nih...tanya nak jual joran ke x...soklan ni yang buat aku tensen skit...bukan apa, joran prokat 14 tu dah siap tukar cincin fuji...depan sic16...reelseat pun dah tukar masuk fuji...cuma nasib baik aku bikin sendiri...kalo upah orang buat mau habis gak dekat RM200...

kalau dinilaikan balik...rasanya joran tu dah mencecah RM350...ditambah pulak dengan harga minyak yang naik...gula...gas...diesel...mau sampai pat lima ratus nilainya...itu belum campur dengan kos "storage" macam kereta yang kena tarik...walaupun tunggakkan x sampai seribu tapi bila nak ambil kena bayar dekat 2 ribu...

apapun aku masih lagi belum pasti samada nak jual ke tak joran tuh...rasanya biarlah aku simpan, 20 tahun lagi joran tu akan jadi klasik...masa untuk aqil ambik alih...

Ikan Merah


Merah...kalo niat nak ngail ikan ni kat benteng...lupakan je...


LAIN orang lain ragam dan lain orang juga lain petuanya.

Menurut pendakwah bebas, Daud Che Ngah, ketika mengail di perairan Labuan, ada petua tertentu yang diamalkan oleh orang di sana.

"Saya tidak pasti bagaimana ikan berkomunikasi tetapi menurut rakan dari Labuan, jika ikan merah meragut umpan dan berjaya dinaikkan, jangan sekali-kali memegang ikan itu"...

"Kalau sayang sekali pun pada tali pancing anda, potong saja talinya dan pasang mata kail baru. Kalau anda memegang ikan merah itu, tidak akan ada lagi ikan merah yang akan dinaikkan selepas itu," katanya.

Ustaz Daud menjelaskan lagi, mungkin ketika menggelupur ada isyarat bunyi tertentu yang dihantar kepada ikan merah lain di air. Ikan merah bergerak berkumpulan, jadi apabila seekor berjaya dikail mungkin ada ikan lain menyedari ia kehilangan 'rakan'.

"Kuasa Allah semuanya boleh berlaku dan tidak sampai pada pemikiran kita," kata Ustaz Daud yang sentiasa membawa ke mana sahaja joran apabila ke luar daerah.

July 13, 2010

Lubuk U

baru-baru ni, Menteri Kesihatan ada bikin sidang media...glamer kejap Lubuk Yu...6 orang yang terlibat...telah positif kencing tikus...dan telah meninggal dunia...namun semalam, TV3 buat pembetulan yang 5 sahaja...apa pun x kisah la...kerana yang pasti sindrom kencing tikus ni memang bahaya...apatah lagi melibatkan air!!!

kecantikan air terjun Lubuk Yu memang telah diakui oleh orang sekeliling situ...namun tahap bahaya yang disembunyikan perlu di pantau!!! tiada siapa yang menyangka bahawa disitu tersimpan rapi satu rahsia yang akan membawa maut!!!

bagaimana dengan kawasan air terjun yang lain...bagaimana dengan Air Terjun Sg. Pandan??? adakan selamat??? fikir fikirkan lah...dan kepada pemancing...JANGANLAH MINUM AIR DARI SUMBER SEMBARANGAN...BAWALAH AIR YANG DIMASAK DARI RUMAH!!!


notakakibangku : Ahad...18 Julai 2010...Benteng...Yuran RM35...Hadiah RM3,000...

July 05, 2010

Sepat


todak yang tewas

Kalau dahulu, ketika Singapura dilanggar todak...batang pisang digunakan sebagai benteng...namun sebelum batang pisang tersebut, kebangangan terserlah...apabila mereka menjadikan betis sebagai bentang...dan ikan todak tersebut tidaklah bodoh untuk menerjah ke betis...apa barang...maka ramailah yang menjadi mangsa kerana diterjah ke perut...

Ahad lepas...todak muncul lagi...Pantai Sepat telah diserang...tiada batang pisang mahupun batang betis yang digunakan sebagai benteng...kali ini todak terpedaya dengan udang hidup dan umpan segar!!!

notakakibangku : catch & release...seandainya ikan masih kecil agar dia dapat ke sekolah...