March 07, 2010

Buggy


kalau yang orait gak..sesak2 boleh angkut sawit


mcm landrover perang dunia kedua je

cukai 'buggy' dimansuhkan...???...dah nama pun bagi...so dia 'buggy' la masuk tanpa cukai!!! yang x pakai 'buggy'...apa yang dia bagi???

March 04, 2010

Bersedia

seandainya kamu semua bercita cita untuk ke karnival suarasa di padang MPK...maka hendaklah kamu bersedia meletakkan tiket parking sehingga malam...kerana mereka akan tetap menyaman walaupun di waktu malam...

Renungkan

March 03, 2010

Khatamun Nubbuwah



Menurut mafhum hadis yang dipindahkan daripada Imam At-Tarmizi r.a katanya: “Sesiapa melihat KHATAMUN NUBUWWAH dalam keadaan berwuduk;

1. Pada waktu Subuh nescaya dipelihara oleh Allah akan dia hingga ke petang.
2. Pada waktu Maghrib terpeliharalah dia hingga ke pagi.
3. Ketika berjalan atau bermusafir maka jadilah sepanjang perjalanannya berkat dan selamat.
4. Sesiapa yang mati dalam tahun tersebut, maka dimatikan dalam iman.’

Harus kita jelas, apa yang dimaksudkan dengan melihat? Adakah dengan dengan mencetak dan menampalnya ke dinding?

Atau di jadikan ‘screen saver/wallpaper’ PC?
Dari apa yang telah ditafsirkan ALLAHyarham guru saya sebelum mengijazahkannya kepada saya, yang dimaksudkan melihat, ialah melihat ke dalam diri semasa mengamalkannya.

Bagaimana? InsyaALLAH akan dikongsikan. Tanda Khatamun Nubuwwah pada diri Nabi Muhammad S.A.W menunjukkan Nabi S.A.W adalah penamat/penutup segala Nabi dan Rasul.Tanda ini berada pada belikat Rasullullah S.A.W. Para ulama berbeza pendapat mengenai bentuknya. Yang paling masyhur tanda itu seperti telur burung merpati, iaitu berbentuk gumpalan daging yang menonjol disebelah kiri di bahagian atas, memancarkan cahaya, tampak berwibawa dan berbau wangi."

Antaranya sesiapa yang menjadikan tanda Nubuwwah Nabi S.A.W ini sebagai perhiasan di rumah, maka ahli rumah tersebut akan terpelihara ALLAH daripada penyakit taun dan wabak, terhindar dari kebakaran dan kecurian sepertimana sabda Nabi S.A.W yang diriwayatkan oleh Saidina Ali R.A di dalam Kitab Mahamatnainiah, yang bermaksud:

"Sesiapa yang menjadikan lukisan KHATAMUN-NUBUWWAH aku perhiasan, dipelihara oleh Allah baginya daripada penyakit taun dan wabak dan tidak mati melainkan mati dalam iman dan dimasukkan ke dalam syurga tanpa hisab."

Dan di dalam hadis yang lain yang diriwayatkan daripada Anas R.A Nabi Muhammad S.A.W bersabda yang bermaksud:

"Bermula rumah yang ada lukisan KHATAMUN-NUBUWWAH AKU di dalamnya, maka dipelihara oleh ALLAH baginya daripada kebakaran dan kecurian, dan daripada tiap-tiap musuh, dantidak dimatikan melainkan tempatnya di Syurga dan diluaskan oleh ALLAH kuburnya dan diterangi olehnya dengan cahaya."

MasyaALLAH, TabarakALLAH.

Sumber : www.akusujud.blogspot.com

March 02, 2010

???



ada jugak sign board macam ni???

Cluster

'pening kawan...' ujar ustaz masa minum petang semalam...jarang aku dengar ustaz mengeluh...walaupun dia berpanas dari pukul 8.30 pagi sampai pukul 1 tgh hari sedangkan ikan yang dicari tidak munculkan diri...'ngape pulak pening?' aku buat2 kompius sambil meneguk teh o suam2 kuku kambing...sambil menyedut rokok pall mall hijau yang sejuk ala2 air sungai kuantan tengah senak, ustaz menjawab, 'mana tak pening...dulu sekolah2 sibuk dok kejar ke status CLUSTER...tapi skang ni dok kejar ke BERPRESTASI tinggi pulak...menteri memang x pening...yang pening cikgu2 macam kawan la...dah kena kurangkan aktiviti mancing!!!'...ceh...aku ingat masalah besor, rupa pasal tu je...aku faham ngape ustaz mengeluh...dia mengajar sekolah perempuan yang x ramai cikgu lelaki...so banyak aktiviti yang dia kena jaga...memang la tensen!!!

March 01, 2010

Kemanusiaan







Dikalangan haiwan pastinya tiada yang bersifat kemanusiaan...namun dikalangan kita, ada yang lebih "KEBINATANGAN" dari haiwan!!!