August 24, 2010

148 kg

rasanya lepas aidil fitri nanti...aku nak memancing kat Pantai Remis Perak la pulak...ikan sana memang bagak2...sekor kerapu 148kg boleh cecah sampai RM8,000...baru sekor...cuba bayangkan kalau 18 ekor...mau kejar dek LHDN...

pelik...tapi itu adalah hakikat, kebanyakkan kerapu sana memang besar2...mungkin disebabkan aktiviti menangkap ikan selalu dipantau oleh pihak yang berkenaan...kalau dibandingkan dengan Pantai Sepat...jangankan kerapu bagak...anak bedukang pun dah malu2 nak bermain kejar2 di pantai...yang tinggal hanyalah kapal2 selam yang tidak boleh menyelam...ikan todak!!!

namun, kerakusan manusia yang menyebabkan semua itu...andainya ada khabar ikan banyak dinaikkan oleh pemancing...esoknya pasti pemancing tidak lagi boleh memancing...rawai dan pukat berselirat...bukan sahaja pantai...benteng pun x terkecuali...

seandainya perkara ini berlarutan, pastinya suatu hari nanti...anak cucu kita hanya akan memancing di arked permainan atau di rumah...dengan hanya berbekalkan komputer dan tetikus...tanpa mengenali spesis itu ada atau tidak di perairan kita...tanpa mengetahui habitat asal...dan sifat semulajadi mereka hanya kerana kita terlalu mengikut nafsu & fitrah manusia!!!

No comments:

Post a Comment