November 03, 2010

Banjir

tengkujuh semakin hampir...cuaca mendung namun x beerti hujan...walaupun adakalanya siap dengan ribut petir...tetapi tidak pernah melemahkan semangat pemancing2 tegar untuk bertafakur di tepi pantai & benteng...

tengkujuh semakin hampir...para nelayan sedang berkira-kira untuk mengambil MC...dan menjalankan aktiviti menjahit jala serta jaring untuk kegunaan selepas tengkujuh sambil bermain dam aji & minum secawan kopi...

tengkujuh semakin hampir...bubu perlu diangkat dan dibaiki agar ikan yang terperangkap tidak berjaya melepaskan diri...

tengkujuh semakin hampir...harga minyak naik lagi...ikan kotak kembali kesini...kalau dizaman asrama dulu...ianya menu yang paling tidak digemari...

tengkujuh semakin hampir...anak2 harus diawasi...jangan sampai lupa diri...agar tiada apa yang hendak disesali...

No comments:

Post a Comment