March 07, 2011

Y

suatu masa dahulu...para pemancing bebas untuk memancing dimana sahaja sepanjang benteng...kerana sungai tersebut adalah ciptaan Yang Maha Esa...untuk umatnNya...mereka bebas demi mencari rezeki apabila tiba musim gelama...mereka tidak pernah dihalau...kerana kehadiran mereka kesitu dapat mengurangkan gejala sosial yang semakin meruncing...

suatu waktu dahulu...tin & plastik yang berisi gam...bersepah2 namun semakin kurang dan akhirnya tiada apabila pemancing semakin bertambah saban tahun...kerana setiap malam pasti ada pemancing yang duduk menunggu joran ditarik ikan...

kini...segalanya bakal kembali lagi...tin dan plastik kembali lagi...pergilah ke hujung benteng...dikawasan larangan memancing...pastinya anda boleh melihat...anak-anak remaja hanyut tanpa memikirkan keadaan sekeliling...dan jangan sampai ada tangisan dari celah2 pokok...atau sudah terapung didalam air...

kenapa perlu dilarang para pemancing untuk memancing disitu??? atau kita lebih suka bandar in dilanda musibah???...

No comments:

Post a Comment