April 01, 2010

Benteng 2

boleh dikatakan hampir setiap malam...setiap hujung minggu...ramai pemancing tegar atau tidak tegar akan berada di benteng...untuk memancing...walaupun kebanyakkannya hanya menaikkan ikan duri, sesirat, buntal atau bedukang...namun tempat ini pastinya tidak pernah sunyi...adakalnya dipenuhi dengan hiruk pikuk kanak2 dan keluarga yang datang bersama-sama untuk bersantai sambil menemani si ayah yang memancing

setiap isnin dan jumaat...pemancing tegar dari seluruh kuantan akan berkumpul di sini...sambil memancing dan bertukar-tukar info tentang hobi masing2 serta jadual pertandingan di seluruh malaysia...mereka akan merancang segala aktiviti sesama sendiri...untuk berkonvoi ke tempat pertandingan...meredah hutan dan sungai untuk mencari lubuk...atau sekadar menonton rakan2 lain memancing

dan...29.03.2010...mereka tidak lagi dibenarkan untuk memancing seperti kebiasaan...di hari isnin dan khamis...atas alasan boleh merosakkan benteng...namun hakikat sebenar...adalah sekeping kertas bermaruah yang perlu dihulurkan kepada pihak tertentu yang mengatakan bahawa mereka berkuasa ke atas landskap di situ...namun sedarkah mereka bahawa sungai, tasik, laut, bukit bukau, gunung ganang dsb adalah hak untuk semua yang dipinjamkan oleh ALLAH...

mungkinkah...suatu hari nanti...pemancing perlu membayar untuk memancing di sini!!!


** kalau pajak sungai pahang buat kolam pancing ok gak...untung bersih!!!

No comments:

Post a Comment